Sekarang aku dah berumur 17 tahun nak masuk 18 tahun.
Tahun depan 2014 aku still belajar kat kolej vokasional dato' lela maharaja lagi tapi sebagai pelajar tahun 3.
Kalau tahun 1 & 2 aku dah jalani program pra-diploma. Insya' Allah tahun depan aku akan belajar lagi dua tahun untuk dapat sijil diploma kemahiran. lepas habis 4 tahun belajar kat situ aku akn praktikal selama 6 bulan.
aku bersyukur dan ucapkan terima kasih sangat kepada orang di sekeliling aku sebab terus menjayakan misi kolej vokasional ysng telah aku ceburi sejak tahun lepas lagi.
Hehe... tahu x dalam kelender cina aku lahir tahun 1996 iaitu tahun tikus. Tikus kan biasenye jadi bahan experimen.
Citenyer acani. Sebelum PMR dulu aku ade mohon ke Sekolah Berasrama Penuh (sbp) kat gombak. Kawan aku cakap skola tu baru lagi. so, mak aku cakap kalau skola tu baru, nanti pelajar jadi mangsa sebab guru-guru dan, pentadbiran sume baru nak berkembang, berkenalan, mencuba, n macam2 la.
tub2 aku mohon kolej vokasional pulak. Lagi baru. Program rintis lagi tu.
Hmm... tu laaa citernyer so dah lumrah jadi eksperimen. Tapi aku akan pastikan AKU SEBUAH EKSPERIMEN YANG BERJAYA.
Aku pernah luahkan kerisauan aku kat mak aku tentang result sem 4 ni, walaupun belum kuar. Pastu mak aku cakap KALAU SIJIL YANG AKU KEJAR, SIJIL YANG AKU DAPAT. KALAU KERJAYA YANG AKU INGINKAN, KERJAYALAH YANG AKAN AKU DAPAT. Bak kata mak aku kalau ade sijil pown tak kemane kalau tak berusaha. Yang penting terus berusaha, kuasai kemahiran dan komunikasi, kuasai teknik pemasaran, dan perolehlah pengalaman supaya kita boleh bangkit memajukan diri, masyarakat, dan negara.

