Saturday, 8 March 2014

Happy CNY again (sebenarnye post ni tersimpan dalam draf, lupe nak publish)

ingat kan nak update tuk bulan January... tapi lambat ckit. Takpe laa jadi post tuk ferbruary.

Masa berlalu hari ke hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun. Aku dah pown masuk ke program diploma.
Sebelom ni aku hanya sebagai pelajar pra-diploma. Keputusan pentaksiran akhir sem 4 telah melayakkan aku untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma.
Cerita tentang sem 4, Sekarang ni aku dah sem 5.
14 February 2014 ni kemungkinan ade hari penyerahan transkrip slip exam sem 4.

OOOOuuuuhHHH... seram gak aku nak tahu result aku.
Ntah laaa... sblom ni aku tak amek kesah sangat kowt result aku (sem1-sem3) sebab aku ni jenis terima apa saja. Redha.
Walau apapun result aku kali ini aku mesti bersyukur. Alhamdulillah.
Result sem 4 ni merupakan result terakhir aku untuk pradiploma.
Sekarang aku punya pointer dah jadi 0 semula sebab baru nak start pengajian diploma aku.
Kira macam baru masuk universiti laa.

Haaaaaa... dah besar dah aku rupanya.
Lepas ni aku kene target betol-betol. capai setiap IMPIAN aku, perolehi kejayaan dan banggakan mak, ayah dan abah aku.

Haa.. lupe plak nak cite adek aku dah daftar masuk dah ke kv ert dekat2 ngan kolej aku.
hehe... Alhamdulillah atas pengalaman yg adek aku critekan Insya'allah dia akan membina sebuah identiti dirinya di kolej itu.

OK la papahal Doa kepada tuhan tetap aku dahulukan.
Insya'allah aku akan pastikan aku dan adek2 aku berjaya di dunia dan akhirat. Insya'allah.
Aku harap kita semua umat Islam yg hidup di akhir zaman ni akan sentiasa mengingati Allah dan seterusnya digolongkan dalam golongan orang yang beriman pada setiap waktu.


My Final Result for Pra-diploma

Hoi Hye

Huuuuuuuuhhhmm...
Alhamdulillah, aku dah tahu dah result aku untuk sem 4. Aku dapat 3.69.
Maknanya aku punye pointer untuk sem1-4 adalah 3.75.
Mase aku sem 1 aku dapat 3.65, mase sem 2 pulak aku dapat 3.90, and mase sem 3 aku dapat 3.83 tak silap aku laa.
So, tambah n bahagi pointer keseluruhan untuk pra-diploma aku 3.75.
Syukur segala puji kepada Allah.

aku tak tau laaa nak cite camne... hmmm...
Untuk sem 4 ni ramai dapat result yang lebih bagus daripada aku, but yg potong ranking aku cume sorang.
Dia dapat 3.77 untk keseluruhan sem pra-diploma.

Huhuhuhuhu...... hhhhaaaaaaaaaaaa......aaaah.
Allah maha bijaksana. segala yg terjadi pasti ada hikmah nya.
Aku yakin aku akan terus termotivasi dalam menghadapi ujian Allah.
Kerana aku sayang pada Allah, sayang pada nabi Muhammad, aku sayang pada mak n family aku.

By the way aku pernah cakap yg aku nak jadikan diriku ini SEBUAH EKSPERIMEN YG BERJAYA.
Lagi 2 tahun aku akan praktikal selama 6 bulan.
Insya'Allah lepas tu aku akan peroleh DIPLOMA.
Diploma Vokasional Malaysia.
kalau ade rezeki aku nak sambung degree. Insya'Allah.

Yg penting aku kena ingat jasa orang2 di sekeliling aku yg bnyk bantu aku untuk terus maju ke hadapan.
Ingat and Balas jasa mereka.

Cerita tntg jasa...
aku dapat 4 flat untuk subjek sejarah dan math. Sejarah, cikgu Halim yg ajar aku. Math pulak Arwah cikgu Suzyalin.
Saat aku baca result sem 4 aku tu tersedu dan terharu sangat. Tanpa diduga air mata aku mengalir. pada mulanya air mata aku mengalir pelan2 pastu aku teringat yg math aku tu diajar oleh Arwah cikgu Suzyalin.
Ya Allah berjasanya guru-guru di kolej ini. Ya Allah ya tuhan ku Kau tempatkan lah guru-guruku di tempat orang-orang yang diredhai Mu.

Arrrrrrhhh....
Akhirnya saat yg aku pernah katakan dulu tiba.

Namun, bukan dekan yang aku kejar, bukan pujian yang aku minta, bukan perhatian yang aku tuju.
Aku menuntut ilmu demi Allah, berbakti pada tanah, membela nasib agama, negara dan bangsa, serta membanggakan ibu bapa aku.
Jika aku peroleh bukan apa yang aku kejar,pinta, dan tuju aku harus bersyukur kepada Allah dan ingat Allah beri semua itu adalah sebagai ujian kepada aku agar tidak bongkak dan agar aku terus tabah.
Difikirkan semula inilah yang dinamakan 'Budak 8 A masuk Voke'.
Aku bukan selamanya dapat keputusan cemerlang. Masa itu pasti akan tiba, apa yang penting aku redha kepada ketentuan Illahi


So, Aisyah.
Percayalah pada dirimu,yakin akan kebolehanmu, berdoalah pada Allah.
"CREATE YOUR OWN WORLD"
Dunia dalam genggam kita, pejamkan mata dan cuba apa saja.


Penguin Listening Dancing To Music