Thursday, 19 December 2013

Result PMR 2013

Assalammualaikum.
Semalam 19 disember 2013, adik aku dapat 8A 1B PMR.
WWOOW... power killer lah.
hehe... Congratulation.

ALHAMDULILLAH.


malam tu kitowang buat doa selamat. makan sate ngan family.

Nak tau x, adik aku mohon masuk ke salah sebuah kolej vokasional di rembau jugak. amek kursus Pembuatan pakaian dan fesyen..
Sepupu aku, yg aku pernah citerkan dulu tu yg dia cakap jgn pernah mohon pown ke vokasional. Dia cakap camtu mase aku belom tau result PMR aku.mungkin bagi dia skola voke tu pilihan yg terakhir.
Tapi aku dah masuk kv selama 2 tahun dah, dan aku ingat dia dah yakin dgn aku punye pilihan nieh. 
Baru-baru ni setelah result PMR adik aku kuar dia cakap jgn pilih macam aku, masuk KV, sebab result adik aku bagus.

Hmmmm... aku tertanye-tanye lagi betol ke Kolej Vokasional ni hanya untuk budak yang tak begitu cemerlang dalam pelajaran. Aku tahu aliran kv menggunakan lebih bnyk tenaga badan berbanding otak, sebab 70% amali 30% teori.


Namun bagi aku result yg CEMERLANG tanpa kebolehan kita untuk berdikari dalam aktiviti untuk meneruskan hidup tak akan bawa kita ke arah kejayaan yg aku inginkan. Aku ingin kejayaan yang memberi manfaat kepada aku di dunia dan akhirat. Aku nak rebut kekayaan di dunia ini demi pelaburan aku di akhirat.


Aku PASTI dan YAKIN pilihan yg aku ceburi ini sememangnya pilihan yg sangat bernas. Walaupun ramai yg kata sayang result cemerlang tapi masuk vokasional, namun aku tahu kelak bukan sijil yg dinilai tinggi tapi keupayaan aku berdaya saing, memiliki kelayakan dan kemahiran yang diiktiraf oleh industri, berperwatakan professional, dan diterima oleh pasaran kerja.


So, aku tak pernah halang jika mane-mane ahli keluarga aku atau kawan-kawan aku yg nak mohon masuk ke Program kolej vokasional ini. Bahkan aku berharap kami dapat memberi sumbangan yang signifikan untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.




ni gambar yg aku curik2 amek mase adik aku amek result kat guru dia. Tanpa di sangka-sangka aku boleh menangis sebab terharu sangat. Hmmm... :) Alhamdulillah.
Penguin Listening Dancing To Music