Saturday, 19 September 2015

TUHAN RINDU KITA

7 Feb 2015 , tarikh mak telah meninggal dunia. Setelah sebulan lebih di dalam hospital, mak pulang ke rumah dalam keadaan terlantar.
 Hujung bulan januari 2015 mak dah ad kat rumah. 28 Jan 2015.
Alhamdulillah, opah dapat tengok dan jalankan peranannya sebagai ibu buat kali yang terakhir. Opah selalu dtg kat katil mak dan bacakan alfatihah kat air pastu sapu kat muka dan bibir mak. Masa ini mak masih boleh berkata-kata lagi. Hmmm... banyak yang nak diceritanya. Tiap kali dengar suaranya, aku tahu dia akan tinggalkan aku suatu hari nanti.
1 Feb 2015, aku mendaftar masuk ke KVDLM untuk tahun dan sem ini. Sepanjang bulan 12 2014 dan jan 2015 aku berada disamping mak untuk jalani rawatan sebagai pesakit di beberapa buah hospital. Aku ad terjumpa sebuah buku ala-ala diari mak.
“11.4.96- Ke HBKL. Doktor kata air ketuban semakin kurang. Aku x faham mengapa jadi begini. Aku berdoa semoga Allah selamatkan anakku ini. Kandungan ku sudah 6 bulan. Aku diberi perhatian di GH kerana hamil dgn risiko yang tinggi. Anakku masih bergerak. Syukur. Aku ingin menjadi ibu yang solehah. Sekarang aku kalah dengan cili. Tak boleh makan langsung, panas dada. Seronok rasanya bila terasa ada benda bergerak2 dalam perut. Macam tak percaya pulak, Allah beri 2 nyawa dalam satu badan. Insya’Allah aku akan jadi seorang ibu!!”
“25 Jan 2015- Emak, maafkan A jika sambung menulis di dalam diari ini. Sungguh tabah dan sabar mak menghadapi dugaan hidup ini. Kuatlah mak, Allah menguji keimanan hambanya yang bertaqwa. Akan A pastikan mak bahagia hingga ke akhir hayat A. Doa A untuk mak tak akan putus. Kuatkan azam, bersama-sama kita menuju ke kebahagiaan abadi, ke syurga firdaus. Akan A didik adik-adik agar mak dapat saham dunia dan akhirat yang berlipat ganda. Insya’Allah.”
6 Feb 2015, jumaat, aku balik ke rumah selepas habis sesi pembelajaran. Tiba di rumah selepas asar. Mak dah tak boleh bukak mata dan tak boleh berkata-kata. Tapi masih bernafas. Nafas yang ditarik mak sangat sesak. Dadanya terenjut-enjut. Masa di hospital dahulu mak pernah jadi begini kerana diberi MORFIN. Jadi aku yakin mak akan bangun semula seperti biasa selepas tido beberapa jam. Aku berada di sisi mak sentiasa. Selepas maghrib aku bacakan yasin kat mak dgn kuat. Selalunya ketika di hospital, aku akan bacakan yasin dgn nada yang disembunyikan, kerana aku malu bacaan ku salah dan sumbang. Aku x pandai dan x berapa lancar baca Al-Quran. Aku silap selama ini. Namun, doaku pada Allah tak pernah henti. Selepas Isyak aku buat assignment di sampaing mak. B.Arab. mak merupakan ustazah b.Arab. Aku bersyukur kerana menjadi anak mak. Alhamdulillah. Aku turun ke rumah aku untuk tido. Aku yakin mak akan bangun seperti biasa esok. Mak ditempatkan di rumah opah di sebelah atas kerana rumahku x muat untuk bawa masuk katil pesakit itu.
1pagi, aku masih tak tido kerana perutku lapar. Aku masak mi segera dan makan serta terus tido.
2.15 pagi ayah masuk rumah sambil teresak-esak. Aku tido di ruang tamu. Aku yg terjaga dari tido hampir boleh teka apa yang berlaku. Mak dah meninggal dunia. Aku kuatkan langkah naik ke atas. Acik ckp baru lagi meninggalnya. Badan mak masih panas. Opah dah ad disisi mak. Dia mengusap-usap kepala mak. Katanya, “Alhamdulillah meninggal di rumah” mungkin dia cakap begitu bagi meredakan hatinya yang sebak. Tabahnya kau menghadapi dugaan ini opah. Subhanallah.
10 Feb 2015- aku jalani kehidupan sebagai anak yatim seperti anak-anak yatim yang lain. Selepas tamat tahlil 3 hari, aku balik ke KVDLM untuk sambung pengajian aku. Tahun ini merupakan tahun akhir aku dalam memperolehi DVM. Insya’Allah aku pasti berjaya berusaha untuk cemerlang di dunia dan akhirat.
15 Sept 2015- aku makin menghampiri pengakhir pengajianku di KVDLM untuk mendapatkan DVM. Jadilah satu kisah dimana ada salah faham antara rakan2 aku. Aku ni mungkin jenis yang tak amek kesah hal orang lain, jadi aku x masuk campur, biar diorang settle sendiri. Tiba-tiba nama aku naik sebagai salah seorang pesalah. Tapi aku tahu bukan salah aku. Jadi aku buat tak tahu je.
Sepanjang pemergian mak aku, aku bnyk bercerita kat kawan2 aku berbanding kat makcik aku or ayah n abah aku. Kat adik aku, sememangnya bnyk sebab hal2 keluarga aku cerita kpd dia. Jadi hampir sepenuh kepercayaan aku letakkan kat kawan2 aku. Ad laa sorang kawan aku ini nak tlg aku selesaikan salah faham ini. Bagi aku, aku x salah jadi aku buat apa nak amek tau. Lagipon masa ini aku sangat sibuk dgn assignment yg tiba disaat-saat akhir pengajian.
Hmmm... jadi ego aku mengatakan buat apa sibok2 hal diorang. Akhir sekali aku beralah dan ikut kawan aku yang sorang tadi bersemuka dgn kawan yang menuduh aku tadi. Jadi persalahan faham ini telah settle. HMMM... Aku Belajar Untuk Hargai Jasa Org Lain. Walaupon Kecil Bagi Kita, Dia Ambil Serius Akan Perkara Itu, jadi, HARGAILAH.
Walau bagaimanapun, aku sedar yang Aku dah xde mak,
berdikarilah.
Walaupun ad 2 org ayah, tapi aku yg kene hati jaga diorang sedari dulu lagi. Ad kawan, tapi diorang ad hidup diorang. Adik2 pula akan bergantung pada aku.
Yang tinggal hanyalah Allah.
Kuasa yang tertinggi masih menyebelahi aku.
Berpijaklah pada kaki sendiri, tawakkal pada Allah. Dunia hanya seorang. Kecapilah kebahagiaan Akhirat.
Bercerita dgn mak x sama bila bercerita dgn rakan.
Mak akan respon dgn pengalaman dan pengajaran.
Aku x biasa bercerita dgn abah, kerana duduk asing2, apatah lagi Ayah tiri. Ingatlah, anak yatim ini akan dilindungi. Jgn terlalu percaya manusia. Walau seindah mana ayat mereka, Allah lebih sayangkan kita
Ingatlah,
Hanya Allah tempat aku datang, kepada Allah jua tempat aku kembali.
Jalankan tggjwb sebagai kakak sebaik mungkin. Jaga amanah yang dipikul.
RAKAN BUKAN SEBUAH AMANAH. MEREKA ADALAH UJIAN.
Jalanilah ujian dgn sabar

BERJUANGLAH AISYAH !!! CHAIYOK.

Sesungguhnya Kasih Sayang Allah Kepada Kita Melebihi Segalanya. Cukuplah disayangi Allah. Jika kita dapat kasih sayang daripada sumber yang lain, ketahuilah, itu semua datang daripada Allah Subhanahu wataala.
Penguin Listening Dancing To Music