7
Feb 2015 , tarikh mak telah meninggal dunia. Setelah sebulan lebih di dalam
hospital, mak pulang ke rumah dalam keadaan terlantar.
Hujung bulan januari 2015 mak dah ad kat
rumah. 28 Jan 2015.
Alhamdulillah,
opah dapat tengok dan jalankan peranannya sebagai ibu buat kali yang terakhir.
Opah selalu dtg kat katil mak dan bacakan alfatihah kat air pastu sapu kat muka
dan bibir mak. Masa ini mak masih boleh berkata-kata lagi. Hmmm... banyak yang
nak diceritanya. Tiap kali dengar suaranya, aku tahu dia akan tinggalkan aku
suatu hari nanti.
1
Feb 2015, aku mendaftar masuk ke KVDLM untuk tahun dan sem ini. Sepanjang bulan
12 2014 dan jan 2015 aku berada disamping mak untuk jalani rawatan sebagai
pesakit di beberapa buah hospital. Aku ad terjumpa sebuah buku ala-ala diari
mak.
“11.4.96-
Ke HBKL. Doktor kata air ketuban semakin kurang. Aku x faham mengapa jadi
begini. Aku berdoa semoga Allah selamatkan anakku ini. Kandungan ku sudah 6
bulan. Aku diberi perhatian di GH kerana hamil dgn risiko yang tinggi. Anakku
masih bergerak. Syukur. Aku ingin menjadi ibu yang solehah. Sekarang aku kalah
dengan cili. Tak boleh makan langsung, panas dada. Seronok rasanya bila terasa
ada benda bergerak2 dalam perut. Macam tak percaya pulak, Allah beri 2 nyawa dalam
satu badan. Insya’Allah aku akan jadi seorang ibu!!”
“25
Jan 2015- Emak, maafkan A jika sambung menulis di dalam diari ini. Sungguh
tabah dan sabar mak menghadapi dugaan hidup ini. Kuatlah mak, Allah menguji
keimanan hambanya yang bertaqwa. Akan A pastikan mak bahagia hingga ke akhir
hayat A. Doa A untuk mak tak akan putus. Kuatkan azam, bersama-sama kita menuju
ke kebahagiaan abadi, ke syurga firdaus. Akan A didik adik-adik agar mak dapat
saham dunia dan akhirat yang berlipat ganda. Insya’Allah.”
6
Feb 2015, jumaat, aku balik ke rumah selepas habis sesi pembelajaran. Tiba di
rumah selepas asar. Mak dah tak boleh bukak mata dan tak boleh berkata-kata.
Tapi masih bernafas. Nafas yang ditarik mak sangat sesak. Dadanya
terenjut-enjut. Masa di hospital dahulu mak pernah jadi begini kerana diberi
MORFIN. Jadi aku yakin mak akan bangun semula seperti biasa selepas tido
beberapa jam. Aku berada di sisi mak sentiasa. Selepas maghrib aku bacakan
yasin kat mak dgn kuat. Selalunya ketika di hospital, aku akan bacakan yasin
dgn nada yang disembunyikan, kerana aku malu bacaan ku salah dan sumbang. Aku x
pandai dan x berapa lancar baca Al-Quran. Aku silap selama ini. Namun, doaku
pada Allah tak pernah henti. Selepas Isyak aku buat assignment di sampaing mak.
B.Arab. mak merupakan ustazah b.Arab. Aku bersyukur kerana menjadi anak mak.
Alhamdulillah. Aku turun ke rumah aku untuk tido. Aku yakin mak akan bangun
seperti biasa esok. Mak ditempatkan di rumah opah di sebelah atas kerana
rumahku x muat untuk bawa masuk katil pesakit itu.
1pagi,
aku masih tak tido kerana perutku lapar. Aku masak mi segera dan makan serta
terus tido.
2.15
pagi ayah masuk rumah sambil teresak-esak. Aku tido di ruang tamu. Aku yg
terjaga dari tido hampir boleh teka apa yang berlaku. Mak dah meninggal dunia.
Aku kuatkan langkah naik ke atas. Acik ckp baru lagi meninggalnya. Badan mak
masih panas. Opah dah ad disisi mak. Dia mengusap-usap kepala mak. Katanya,
“Alhamdulillah meninggal di rumah” mungkin dia cakap begitu bagi meredakan
hatinya yang sebak. Tabahnya kau menghadapi dugaan ini opah. Subhanallah.
10
Feb 2015- aku jalani kehidupan sebagai anak yatim seperti anak-anak yatim yang
lain. Selepas tamat tahlil 3 hari, aku balik ke KVDLM untuk sambung pengajian
aku. Tahun ini merupakan tahun akhir aku dalam memperolehi DVM. Insya’Allah aku
pasti berjaya berusaha untuk cemerlang di dunia dan akhirat.
15
Sept 2015- aku makin menghampiri pengakhir pengajianku di KVDLM untuk
mendapatkan DVM. Jadilah satu kisah dimana ada salah faham antara rakan2 aku.
Aku ni mungkin jenis yang tak amek kesah hal orang lain, jadi aku x masuk
campur, biar diorang settle sendiri. Tiba-tiba nama aku naik sebagai salah
seorang pesalah. Tapi aku tahu bukan salah aku. Jadi aku buat tak tahu je.
Sepanjang pemergian mak aku, aku bnyk
bercerita kat kawan2 aku berbanding kat makcik aku or ayah n abah aku. Kat adik
aku, sememangnya bnyk sebab hal2 keluarga aku cerita kpd dia. Jadi hampir
sepenuh kepercayaan aku letakkan kat kawan2 aku. Ad laa sorang kawan aku ini
nak tlg aku selesaikan salah faham ini. Bagi aku, aku x salah jadi aku buat apa
nak amek tau. Lagipon masa ini aku sangat sibuk dgn assignment yg tiba
disaat-saat akhir pengajian.
Hmmm... jadi ego aku mengatakan buat
apa sibok2 hal diorang. Akhir sekali aku beralah dan ikut kawan aku yang sorang
tadi bersemuka dgn kawan yang menuduh aku tadi. Jadi persalahan faham ini telah
settle. HMMM... Aku Belajar Untuk Hargai Jasa Org Lain. Walaupon Kecil Bagi
Kita, Dia Ambil Serius Akan Perkara Itu, jadi, HARGAILAH.
Walau
bagaimanapun, aku sedar yang Aku dah xde mak,
berdikarilah.
Walaupun ad 2 org ayah, tapi aku yg kene hati jaga diorang sedari dulu
lagi. Ad kawan, tapi diorang ad hidup diorang. Adik2 pula akan bergantung pada
aku.
Yang tinggal hanyalah Allah.
Kuasa yang tertinggi masih menyebelahi aku.
Berpijaklah pada
kaki sendiri, tawakkal pada Allah. Dunia hanya seorang. Kecapilah kebahagiaan
Akhirat.
Bercerita dgn mak x sama bila bercerita dgn rakan.
Mak akan respon dgn pengalaman dan pengajaran.
Aku x biasa bercerita dgn abah, kerana duduk asing2, apatah lagi Ayah
tiri. Ingatlah, anak yatim ini akan dilindungi. Jgn terlalu percaya manusia.
Walau seindah mana ayat mereka, Allah lebih sayangkan kita
Ingatlah,
Hanya Allah tempat aku datang, kepada Allah jua tempat aku kembali.
Jalankan tggjwb sebagai kakak sebaik mungkin. Jaga amanah yang dipikul.
RAKAN BUKAN SEBUAH AMANAH. MEREKA ADALAH UJIAN.
Jalanilah ujian dgn sabar
BERJUANGLAH AISYAH
!!! CHAIYOK.
Sesungguhnya Kasih
Sayang Allah Kepada Kita Melebihi Segalanya. Cukuplah disayangi Allah. Jika
kita dapat kasih sayang daripada sumber yang lain, ketahuilah, itu semua datang
daripada Allah Subhanahu wataala.
