Assalamualaikum,
hoy hye...
Hmmmmm... Aku ad benda nak crita ni.
Nak tau tak, kolej vokasional aku menang urban farming peringkat KEBANGSAAN.
Waaaah.. Daebak. Hebat,
Yang masuk pertandingan tu pulak khusunya semua budak-budak satu course ngan aku.
Terlibat semua. termasuk kakitangan KVDLM.
Hmm... Happy tu memang HAPPY gila. BANGGA sangat.
Tapi, aku sedey.
Korang nak tau tak, tahun ni adalah tahun aku membuat pertaruhan dalam masa depan aku. Lebih tepat lagi semester baru-baru ni (semester 6)
PBK atau dikenali Pentaksiran Berasaskan Kolej, aku tahu sistem ni mementingkan atitude lebih dari kepintaran dalam kertas ujian. Nak-nak lagi bila aku masuk Vokasional, aku memang tahu daripada awal kemahiran sebagai tunjang pembelajaran.
Firstly, aku nak cakap aku sayang masa depan aku. Aku teruskan belajar kat kolej tu.
Aku sayang mak aku, aku jaga disiplin aku.
Aku sayang kawan-kawan aku, terutama yang aku kenal selama tiga tahun ini, (yg mana kitorang satu dorm dan satu kelas sama-sama). Aku selalu tersepit antara hati aku atau hati kawan-kawan yg perlu aku jaga.
Aku sayang pensyarah aku, aku amat hormat dia, respect.
Berlakulaah satu kisah yg mana modul vokasional aku sem 6 ni agak mengelirukan sedikit. (agaknyalah)
So, projek Urban Farming yang aku cakap kolej aku menang peringkat kebangsaan tu dijadikan sebagai amali menyeluruh semua modul sem 6 aku.
Maka, amali tu berjalanlah dan disebabkan kolej vokasional ni kan rintis. n aku ni antara batch pertama, jadi kesudahannya kitorang yg corakkannya. Modul sem ni lebih kepada proses membuat projek. Macam biasa proses-proses tu memerlukan perbincangan dan persetujuan.
Isunya tak besar pown. Grup aku antara yg idea ditolak, yg mana kitorang tak dpt nak merangkakan projek kitorang jalan macam mana. Itu biasalah norma kehidupan. Nak belajar memang macam tu.
Jadilah satu kisah, time ni pensyarah aku agak stress sebab pensyarah aku tu asalnya bertugas berdua, tetapi pensyarah aku yg lagi seorang kena pergi kursus sehingga akhir tahun ini. Jadi, aktiviti amali jadi kurang best sikit.
Aku ni jenis redha je. Insya'Allah. Aku terima kenyataan. Tapi sometime bila org sekeliling kita stress, aku sedikit berjangkit. Camni, kawan2 aku mengomella itu-ini, biasala tu. Aku diam je. Redha.
Tapi aku still ngan prinsip aku, aku respect guru aku walau macam manapown. (jgn menjatuhkan nama guru)
Isunya, yg buat aku sedikit sedey ni, time present untuk Urban Farming ni, aku tak terpilih untuk buat.
Huhuhu... sedey sikit. sebabnya?
Hmmmm... Aku tak buat presentation pembentangan projek dengan serius sewaktu dalam amali dulu. sem ni jugak. Nak buat macam mana projek grup aku memang tak dpt di terangkan, kerana tak dpt dijalankan, kerana grup aku tak berusaha dgn bersungguh-sungguh untuk cari idea.
Hmmmm... itulah. ORANG MALAS CARI ALASAN, ORANG RAJIN CARI JALAN,
Aku kena jadi ORANG RAJIN.
Aku kena CARI JALAN.
BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH.
KEJAR DAN HARGAI MASA.
JANGAN LALAI, JANGAN LEKA.
KEJAYAAN AKU DAH ADA DEPAN MATA.
DAKAPLAH KEJAYAAN TU, JANGAN LEPASKAN.
JADILAH PELAJAR YANG SENTIASA KOMPETEN.
WOLRD IS IN YOUR HAND. YOU ARE THE ONE THAT CREATE THOSE STORY.
INSYA'ALLAH. Berdoalah kepada Allah. Kecapilah kejayaan di dunia dan akhirat. Utamakan yang akhirat, dunia kita dapat akhirat pown kita dapat.
Dunia ini sementara.
