Ni hao :)
hari ini dan semalam pak lop aku datang dari Perak, dia tido kat umah opah aku semalaman.
Tu je nak bagitau. Biasalaa kaum kerabat datang mase cuti.
Hehe,... tadi mase tgh buat sidang, mesyuarat, parlimen, temu bual, forum, or what ever its my cousin ask "a tak exam ke" (agaknye die tahu kowt umur aku 17 tahun, cousin aku tu dah belia dah dah kahwin pown)
aku cakap laa "haa...? tak." pastu opah aku sambung "dia skolah kampung" makcik aku sahut pulak "hari2 pergi ladang"
Haha... btol laaa aku gi ladang hari2, nama pown kursus tanaman. tu yg tona kulit tak sekata pown berlaku.
OK pastu mak aku cakap yang aku skarang niey tgh amek diploma.
Mak long aku aku boleh cakap camni "kalau dah amek diploma dah amek SPM laa tu".
Hmmm... nampak nye program kolej vokasional yang aku ceburi dari tahun lepas ni masih belom di fahami oleh segelintir masyarakat. (tapi tak leh nak salahkan mak long aku kalau dia tak tahu, sebab dia duduk kampung mane layan media massa sangat)
Hmmm... tak pe tak pe. Walau bagaimanapun aku tetap bangga kerana menjadi batch yang pertama program kolej vokasional.
5 JANUARI 2014
tarikh aku akan ke asrama semula untuk mengetahui sama ada aku layak atau tidak untuk melanjutkan pengajian aku ke tahun 3.
kalau layak aku stay pada minggu tersebut dan tahun-tahun seterusnya and go on. kalau sebaliknya mungkin aku akan dapat sijil SKM.
Namun, aku yakin dan percaya usaha aku selama ini pasti membuahkan hasil.
Owh ye... cite tentang usaha or kejayaan, Jumaat lepas penasihat kelas aku meninggal dunia. Nama cikgu aku itu Pn Suzyalin Bt Alias. Pada hari berkenaan ada 3 kematian di selayang yang ayah aku uruskan (ayah tiri aku pengerusi khairat kematian kat masjid at-taqwa). Pada minggu tersebut juga kawan lama aku mase sekolah rendah kematian bapanya, kawan aku yang sorang ni lahir pada hari yang sama dengan aku).
Yang aku cuba sampaikan ini adalah makin hari aku makin dekat dengan kematian.
Aku pernah terfikir kenape aku tak masuk sekolah tahfiz ke atau buat amal jariah je sepanjang baki hidup aku ni? nape aku teruskan hidup dengan menuntut ilmu duniawi (pelajaran yang untuk digunakan di dunia)?
Jawapannya :
AKU TAK SALAH PILIH. AKU BELAJAR KERANA BELAJAR ITU DITUNTUT DALAM ISLAM SEHINGGA AKHIR HAYAT.
KURSUS YANG AKU AMBIL JUGA MENYUMBANG KEPADA AKHIRAT. AKU BERBAKTI PADA TANAH. AKU BERNIAGA MENGIKUT SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W.
AKU BELAJAR UNTUK MENCARI REZEKI YANG HALAL KELAK UNTUK MEMAJUKAN TARAF KEHIDUPAN KELUARGA AKU.
PALING PENTING SEKALI AKU BELAJAR KERANA MENCARI KEREDHAAN ALLAH S.W.T.
