Sunday 31 January 2016

Practical life in Terengganu

Assalamualaikum.

Alhamdulillah tinggal lagi 2 bulan aku akan menduduki peperiksaan akhir belajar diploma dan pembentangan practical.

Hari ini 1 Feb 2016.
lagi beberapa hari 7 Feb 2016, iaitu genap setahun tarikh mak aku meninggal dunia.

Jika dahulu, arwah mak adalah pembakar semangat untuk aku terus berjuang dalam bidang vokasional dan bidang petanian ini.
Namun kini, aku genggam tangan seeratnya untuk terus dan terus mara tanpa mengalih langkah kakiku. Tolehanku ke belakang bukanlah untuk berputus asa, tetapi untuk mengenang kembali perkara yang membuat aku bersemangat dan berjiwa kental.

Allah maha penyayang.
Memiliki hati yang tabah merupakan anugerah Allah yang amat aku syukuri.

Menceburi dan mengembangkan perniagaan mahupun pekerjaan dalam bidang ini bukanlah mudah. Aku percaya aku pasti boleh lakukan dgn tabah, berhati-hati, sabar, dan berdaya saing. In sha Allah.

Abdullah, adik bongsuku kini belajar di tahfiz di Beranang, Selangor.

Alhamdulillah, Allah melindungi anak yatim. aku harap Abdullah baik-baik sahaja di sana.
Adik perempuanku Shamsiah masih di Rembau untuk meneruskan pengajiannya. Aku akan pastikan adik-adikku berjaya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.

Sudahku tahu, aku mempunyai 2 orang bapa. Bapa kandungku seorang OKU, kehilangan kaki sebelah kirinya sehingga paras peha sewaktu dia berumur 19 tahun kerana kemalangan jalan raya. bapa tiriku pula berumur 77 tahun pada tahun ini. Namun, aku merasakan akulah yang akan menjadi tulang belakang untuk keluarga aku berjaya dan bahagia.

Aku harus menjadi contoh yang terbaik, namun aku masih menjadi diri sendiri.

BEING A PERSON DOESNT MEANT BE WHO PEOPLE WANT YOU BE, but be just who you are.

Sometime i was thinking. Am I just dreaming to become successful. However, DREAMS ARE MEANT TO BE

Saturday 19 September 2015

TUHAN RINDU KITA

7 Feb 2015 , tarikh mak telah meninggal dunia. Setelah sebulan lebih di dalam hospital, mak pulang ke rumah dalam keadaan terlantar.
 Hujung bulan januari 2015 mak dah ad kat rumah. 28 Jan 2015.
Alhamdulillah, opah dapat tengok dan jalankan peranannya sebagai ibu buat kali yang terakhir. Opah selalu dtg kat katil mak dan bacakan alfatihah kat air pastu sapu kat muka dan bibir mak. Masa ini mak masih boleh berkata-kata lagi. Hmmm... banyak yang nak diceritanya. Tiap kali dengar suaranya, aku tahu dia akan tinggalkan aku suatu hari nanti.
1 Feb 2015, aku mendaftar masuk ke KVDLM untuk tahun dan sem ini. Sepanjang bulan 12 2014 dan jan 2015 aku berada disamping mak untuk jalani rawatan sebagai pesakit di beberapa buah hospital. Aku ad terjumpa sebuah buku ala-ala diari mak.
“11.4.96- Ke HBKL. Doktor kata air ketuban semakin kurang. Aku x faham mengapa jadi begini. Aku berdoa semoga Allah selamatkan anakku ini. Kandungan ku sudah 6 bulan. Aku diberi perhatian di GH kerana hamil dgn risiko yang tinggi. Anakku masih bergerak. Syukur. Aku ingin menjadi ibu yang solehah. Sekarang aku kalah dengan cili. Tak boleh makan langsung, panas dada. Seronok rasanya bila terasa ada benda bergerak2 dalam perut. Macam tak percaya pulak, Allah beri 2 nyawa dalam satu badan. Insya’Allah aku akan jadi seorang ibu!!”
“25 Jan 2015- Emak, maafkan A jika sambung menulis di dalam diari ini. Sungguh tabah dan sabar mak menghadapi dugaan hidup ini. Kuatlah mak, Allah menguji keimanan hambanya yang bertaqwa. Akan A pastikan mak bahagia hingga ke akhir hayat A. Doa A untuk mak tak akan putus. Kuatkan azam, bersama-sama kita menuju ke kebahagiaan abadi, ke syurga firdaus. Akan A didik adik-adik agar mak dapat saham dunia dan akhirat yang berlipat ganda. Insya’Allah.”
6 Feb 2015, jumaat, aku balik ke rumah selepas habis sesi pembelajaran. Tiba di rumah selepas asar. Mak dah tak boleh bukak mata dan tak boleh berkata-kata. Tapi masih bernafas. Nafas yang ditarik mak sangat sesak. Dadanya terenjut-enjut. Masa di hospital dahulu mak pernah jadi begini kerana diberi MORFIN. Jadi aku yakin mak akan bangun semula seperti biasa selepas tido beberapa jam. Aku berada di sisi mak sentiasa. Selepas maghrib aku bacakan yasin kat mak dgn kuat. Selalunya ketika di hospital, aku akan bacakan yasin dgn nada yang disembunyikan, kerana aku malu bacaan ku salah dan sumbang. Aku x pandai dan x berapa lancar baca Al-Quran. Aku silap selama ini. Namun, doaku pada Allah tak pernah henti. Selepas Isyak aku buat assignment di sampaing mak. B.Arab. mak merupakan ustazah b.Arab. Aku bersyukur kerana menjadi anak mak. Alhamdulillah. Aku turun ke rumah aku untuk tido. Aku yakin mak akan bangun seperti biasa esok. Mak ditempatkan di rumah opah di sebelah atas kerana rumahku x muat untuk bawa masuk katil pesakit itu.
1pagi, aku masih tak tido kerana perutku lapar. Aku masak mi segera dan makan serta terus tido.
2.15 pagi ayah masuk rumah sambil teresak-esak. Aku tido di ruang tamu. Aku yg terjaga dari tido hampir boleh teka apa yang berlaku. Mak dah meninggal dunia. Aku kuatkan langkah naik ke atas. Acik ckp baru lagi meninggalnya. Badan mak masih panas. Opah dah ad disisi mak. Dia mengusap-usap kepala mak. Katanya, “Alhamdulillah meninggal di rumah” mungkin dia cakap begitu bagi meredakan hatinya yang sebak. Tabahnya kau menghadapi dugaan ini opah. Subhanallah.
10 Feb 2015- aku jalani kehidupan sebagai anak yatim seperti anak-anak yatim yang lain. Selepas tamat tahlil 3 hari, aku balik ke KVDLM untuk sambung pengajian aku. Tahun ini merupakan tahun akhir aku dalam memperolehi DVM. Insya’Allah aku pasti berjaya berusaha untuk cemerlang di dunia dan akhirat.
15 Sept 2015- aku makin menghampiri pengakhir pengajianku di KVDLM untuk mendapatkan DVM. Jadilah satu kisah dimana ada salah faham antara rakan2 aku. Aku ni mungkin jenis yang tak amek kesah hal orang lain, jadi aku x masuk campur, biar diorang settle sendiri. Tiba-tiba nama aku naik sebagai salah seorang pesalah. Tapi aku tahu bukan salah aku. Jadi aku buat tak tahu je.
Sepanjang pemergian mak aku, aku bnyk bercerita kat kawan2 aku berbanding kat makcik aku or ayah n abah aku. Kat adik aku, sememangnya bnyk sebab hal2 keluarga aku cerita kpd dia. Jadi hampir sepenuh kepercayaan aku letakkan kat kawan2 aku. Ad laa sorang kawan aku ini nak tlg aku selesaikan salah faham ini. Bagi aku, aku x salah jadi aku buat apa nak amek tau. Lagipon masa ini aku sangat sibuk dgn assignment yg tiba disaat-saat akhir pengajian.
Hmmm... jadi ego aku mengatakan buat apa sibok2 hal diorang. Akhir sekali aku beralah dan ikut kawan aku yang sorang tadi bersemuka dgn kawan yang menuduh aku tadi. Jadi persalahan faham ini telah settle. HMMM... Aku Belajar Untuk Hargai Jasa Org Lain. Walaupon Kecil Bagi Kita, Dia Ambil Serius Akan Perkara Itu, jadi, HARGAILAH.
Walau bagaimanapun, aku sedar yang Aku dah xde mak,
berdikarilah.
Walaupun ad 2 org ayah, tapi aku yg kene hati jaga diorang sedari dulu lagi. Ad kawan, tapi diorang ad hidup diorang. Adik2 pula akan bergantung pada aku.
Yang tinggal hanyalah Allah.
Kuasa yang tertinggi masih menyebelahi aku.
Berpijaklah pada kaki sendiri, tawakkal pada Allah. Dunia hanya seorang. Kecapilah kebahagiaan Akhirat.
Bercerita dgn mak x sama bila bercerita dgn rakan.
Mak akan respon dgn pengalaman dan pengajaran.
Aku x biasa bercerita dgn abah, kerana duduk asing2, apatah lagi Ayah tiri. Ingatlah, anak yatim ini akan dilindungi. Jgn terlalu percaya manusia. Walau seindah mana ayat mereka, Allah lebih sayangkan kita
Ingatlah,
Hanya Allah tempat aku datang, kepada Allah jua tempat aku kembali.
Jalankan tggjwb sebagai kakak sebaik mungkin. Jaga amanah yang dipikul.
RAKAN BUKAN SEBUAH AMANAH. MEREKA ADALAH UJIAN.
Jalanilah ujian dgn sabar

BERJUANGLAH AISYAH !!! CHAIYOK.

Sesungguhnya Kasih Sayang Allah Kepada Kita Melebihi Segalanya. Cukuplah disayangi Allah. Jika kita dapat kasih sayang daripada sumber yang lain, ketahuilah, itu semua datang daripada Allah Subhanahu wataala.

Thursday 5 February 2015

Feb 2015, sem 3, tahun akhir, Diploma Vokasional Malaysia

Assalamualaikum,
Hoy hye,
Anyeong haseyo,
Aku baru mendaftar masuk ke kolej pada 1 Feb yang lalu. Hmmmm...
Dah sebulan mak aku masuk hospital, dan tiga minggu aku tidak hadir ke sekolah. 1 Feb 2015 aku mendaftar masuk, dan perasaannya sungguh waah. Tak tau nak cakap. Tuhan maha kuasa, tuhan sekalian alam. Mak aku disahkan menghidap penyakit kanser paru2 tahap akhir. Perkara ini disahkan doktor pada awal tahun ini.

Pada mulanya, mak aku diam, mungkin dia redho kowt. Sewaktu di HKL dia menangis minta dipeluk. Sebak di dada aku tahankan, aku katakan kepadanya "mak ada berapa orang anak?" dia jawab tiga. Aku cakap "anak2 mak semuanya anak soleh dan solehah kan?, mak jgn laah risau mak dah ada saham akhirat. Insya'Allah. "

So, sekarang ni aku akan pastikan adik2 aku dan aku sendiri berjasa dan berjaya demi saham mak aku di akhirat.
Anyway, BELIEVE AND ALWAYS BELIEVE, THAT, THERE IS A HIKMAH BETWEEN WHAT WAS HAPPEN. ALLAH MAHA ESA, MAHA KUASA.

aku kuat, aku boleh, aku pasti boleh, go go nora, go go aisyah, kecapi duniamu dengan senyuman dan kesabaran.

Chaaaaaaaaaaaaaaaiyok !!!!

Tuesday 2 December 2014

Hadapilah cubaan. Rujuk sejarah, Ambil iktibar.

Assalamualaikum,
hoy hye...

Hmmmmm... Aku ad benda nak crita ni.
Nak tau tak, kolej vokasional aku menang urban farming peringkat KEBANGSAAN.
Waaaah.. Daebak. Hebat,
Yang masuk pertandingan tu pulak khusunya semua budak-budak satu course ngan aku.
Terlibat semua. termasuk kakitangan KVDLM.

Hmm... Happy tu memang HAPPY gila. BANGGA sangat.
Tapi, aku sedey.

Korang nak tau tak, tahun ni adalah tahun aku membuat pertaruhan dalam masa depan aku. Lebih tepat lagi semester baru-baru ni (semester 6)

PBK atau dikenali Pentaksiran Berasaskan Kolej, aku tahu sistem ni mementingkan atitude lebih dari kepintaran dalam kertas ujian. Nak-nak lagi bila aku masuk Vokasional, aku memang tahu daripada awal kemahiran sebagai tunjang pembelajaran.

Firstly, aku nak cakap aku sayang masa depan aku. Aku teruskan belajar kat kolej tu.
Aku sayang mak aku, aku jaga disiplin aku.
Aku sayang kawan-kawan aku, terutama yang aku kenal selama tiga tahun ini, (yg mana kitorang satu dorm dan satu kelas sama-sama). Aku selalu tersepit antara hati aku atau hati kawan-kawan yg perlu aku jaga.
Aku sayang pensyarah aku, aku amat hormat dia, respect.

Berlakulaah satu kisah yg mana modul vokasional aku sem 6 ni agak mengelirukan sedikit. (agaknyalah)
So, projek Urban Farming yang aku cakap kolej aku menang peringkat kebangsaan tu dijadikan sebagai amali menyeluruh semua modul sem 6 aku.

Maka, amali tu berjalanlah dan disebabkan kolej vokasional ni kan rintis. n aku ni antara batch pertama, jadi kesudahannya kitorang yg corakkannya. Modul sem ni lebih kepada proses membuat projek. Macam biasa proses-proses tu memerlukan perbincangan dan persetujuan.

Isunya tak besar pown. Grup aku antara yg idea ditolak, yg mana kitorang tak dpt nak merangkakan projek kitorang jalan macam mana. Itu biasalah norma kehidupan. Nak belajar memang macam tu.

Jadilah satu kisah, time ni pensyarah aku agak stress sebab pensyarah aku tu asalnya bertugas berdua, tetapi pensyarah aku yg lagi seorang kena pergi kursus sehingga akhir tahun ini. Jadi, aktiviti amali jadi kurang best sikit.

Aku ni jenis redha je. Insya'Allah. Aku terima kenyataan. Tapi sometime bila org sekeliling kita stress, aku sedikit berjangkit. Camni, kawan2 aku mengomella itu-ini, biasala tu. Aku diam je. Redha.

Tapi aku still ngan prinsip aku, aku respect guru aku walau macam manapown. (jgn menjatuhkan nama guru)
Isunya, yg buat aku sedikit sedey ni, time present untuk Urban Farming ni, aku tak terpilih untuk buat.

Huhuhu... sedey sikit. sebabnya?
Hmmmm... Aku tak buat presentation pembentangan projek dengan serius sewaktu dalam amali dulu. sem ni jugak. Nak buat macam mana projek grup aku memang tak dpt di terangkan, kerana tak dpt dijalankan, kerana grup aku tak berusaha dgn bersungguh-sungguh untuk cari idea.

Hmmmm... itulah. ORANG MALAS CARI ALASAN, ORANG RAJIN CARI JALAN,

Aku kena jadi ORANG RAJIN.
Aku kena CARI JALAN.
BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH.
KEJAR DAN HARGAI MASA.
JANGAN LALAI, JANGAN LEKA.

KEJAYAAN AKU DAH ADA DEPAN MATA.
DAKAPLAH KEJAYAAN TU, JANGAN LEPASKAN.

JADILAH PELAJAR YANG SENTIASA KOMPETEN.

WOLRD IS IN YOUR HAND. YOU ARE THE ONE THAT CREATE THOSE STORY.

INSYA'ALLAH. Berdoalah kepada Allah. Kecapilah kejayaan di dunia dan akhirat. Utamakan yang akhirat, dunia kita dapat akhirat pown kita dapat.

Dunia ini sementara.

Saturday 16 August 2014

MERDEKA!!!! 14 DAYS TO GO (57th year)

Anyeong,
hoi hye.
lamaaaa daah aku x luangkan masa untuk berbloging.

Masa berlalu dan kini aku dah masuk pertengahan sem 2 tahun pertama diploma.
Result untuk sem 1 aku akan kluar pada 29 Ogos ini. Insya'Allah.

Tadi aku pergi skola adik aku kat KVDHUMS. Aku pernah citer x, yg adik aku masuk ert yg berdekatan ngan skola aku? Hehe...

Pastu aku tengoklaaa skola dia dah pasang bendera Malaysia sempena bulan kemerdekaan ini.
Hmm bagus2.

Aku x banyak citer laaa kali ini. Insya'Allah lain kali.

Ni gambar skola dia :





Sunday 18 May 2014

HAPPY TEACHER DAY

HOY HYE
Assalamualaikum.
dua hari lepas adalah hari guru.
daaaannn, Ahad minggu lepas aku terserempak dgn cikgu yauzaimah, cikgu khuzaimah, dan cikgu nazatul shima. aku terserempak mase gi pasar selayang, time tu aku cuti.
Alhamdulillah diorang kenal aku dan aku kenal dan sayang diorang. diorang merupakan cikgu aku mase aku tingkatan 1,2, dan 3.
macam biasa bila bertemu mesti tanye khabar, exam dan lain-lain,
Hmmm,,, :)
cikgu nazatul ade cakap sambunglah belajar, time tu aku dah cakap dah ngan dia yg aku amek diploma terus 4 tahun lepas PMR.
Insya'Allah. aku pun ingat nak jugak lanjutkan pelajaran. bergantunglah pada result n ekonomi acaner nanti.

Aku sayang sangat kat cikgu2 aku, sama ada yg mase tadika, darjah, tingkatan, dan sekarang kolej.
Aku sentiasa doakan mereka selamat dunia dan akhirat,
semoga mereka tergolong dalam golongan orang yang beriman.

Saturday 8 March 2014

Happy CNY again (sebenarnye post ni tersimpan dalam draf, lupe nak publish)

ingat kan nak update tuk bulan January... tapi lambat ckit. Takpe laa jadi post tuk ferbruary.

Masa berlalu hari ke hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun. Aku dah pown masuk ke program diploma.
Sebelom ni aku hanya sebagai pelajar pra-diploma. Keputusan pentaksiran akhir sem 4 telah melayakkan aku untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma.
Cerita tentang sem 4, Sekarang ni aku dah sem 5.
14 February 2014 ni kemungkinan ade hari penyerahan transkrip slip exam sem 4.

OOOOuuuuhHHH... seram gak aku nak tahu result aku.
Ntah laaa... sblom ni aku tak amek kesah sangat kowt result aku (sem1-sem3) sebab aku ni jenis terima apa saja. Redha.
Walau apapun result aku kali ini aku mesti bersyukur. Alhamdulillah.
Result sem 4 ni merupakan result terakhir aku untuk pradiploma.
Sekarang aku punya pointer dah jadi 0 semula sebab baru nak start pengajian diploma aku.
Kira macam baru masuk universiti laa.

Haaaaaa... dah besar dah aku rupanya.
Lepas ni aku kene target betol-betol. capai setiap IMPIAN aku, perolehi kejayaan dan banggakan mak, ayah dan abah aku.

Haa.. lupe plak nak cite adek aku dah daftar masuk dah ke kv ert dekat2 ngan kolej aku.
hehe... Alhamdulillah atas pengalaman yg adek aku critekan Insya'allah dia akan membina sebuah identiti dirinya di kolej itu.

OK la papahal Doa kepada tuhan tetap aku dahulukan.
Insya'allah aku akan pastikan aku dan adek2 aku berjaya di dunia dan akhirat. Insya'allah.
Aku harap kita semua umat Islam yg hidup di akhir zaman ni akan sentiasa mengingati Allah dan seterusnya digolongkan dalam golongan orang yang beriman pada setiap waktu.


Penguin Listening Dancing To Music