Sunday, 31 January 2016

Practical life in Terengganu

Assalamualaikum.

Alhamdulillah tinggal lagi 2 bulan aku akan menduduki peperiksaan akhir belajar diploma dan pembentangan practical.

Hari ini 1 Feb 2016.
lagi beberapa hari 7 Feb 2016, iaitu genap setahun tarikh mak aku meninggal dunia.

Jika dahulu, arwah mak adalah pembakar semangat untuk aku terus berjuang dalam bidang vokasional dan bidang petanian ini.
Namun kini, aku genggam tangan seeratnya untuk terus dan terus mara tanpa mengalih langkah kakiku. Tolehanku ke belakang bukanlah untuk berputus asa, tetapi untuk mengenang kembali perkara yang membuat aku bersemangat dan berjiwa kental.

Allah maha penyayang.
Memiliki hati yang tabah merupakan anugerah Allah yang amat aku syukuri.

Menceburi dan mengembangkan perniagaan mahupun pekerjaan dalam bidang ini bukanlah mudah. Aku percaya aku pasti boleh lakukan dgn tabah, berhati-hati, sabar, dan berdaya saing. In sha Allah.

Abdullah, adik bongsuku kini belajar di tahfiz di Beranang, Selangor.

Alhamdulillah, Allah melindungi anak yatim. aku harap Abdullah baik-baik sahaja di sana.
Adik perempuanku Shamsiah masih di Rembau untuk meneruskan pengajiannya. Aku akan pastikan adik-adikku berjaya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.

Sudahku tahu, aku mempunyai 2 orang bapa. Bapa kandungku seorang OKU, kehilangan kaki sebelah kirinya sehingga paras peha sewaktu dia berumur 19 tahun kerana kemalangan jalan raya. bapa tiriku pula berumur 77 tahun pada tahun ini. Namun, aku merasakan akulah yang akan menjadi tulang belakang untuk keluarga aku berjaya dan bahagia.

Aku harus menjadi contoh yang terbaik, namun aku masih menjadi diri sendiri.

BEING A PERSON DOESNT MEANT BE WHO PEOPLE WANT YOU BE, but be just who you are.

Sometime i was thinking. Am I just dreaming to become successful. However, DREAMS ARE MEANT TO BE

No comments:

Penguin Listening Dancing To Music